SOROTAN DARIPADA  AGENDA JOE BIDEN UNTUK KOMUNITI ASIA AMERIKA & KEPULAUAN PASIFIK

Naib Presiden Joe Biden mengetahui bahawa komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (AAPI) adalah bab penting dalam kisah Amerika. Keupayaan negara kita untuk menarik orang yang rajin daripada setiap budaya dan setiap bangsa selalu menjadikan kita lebih kuat. Joe telah mengubah gagasan progresif yang berani menjadi hasil nyata untuk komuniti AAPI sebagai Wakil Presiden dan Senator. Sebagai Naib Presiden, Joe telah berganding bahu dengan Presiden Obama untuk meluluskan Akta Penjagaan Mampu Milik, memberikan insurans kesihatan kepada tambahan 20 juta orang, termasuk dua juta AAPI semasaPresiden Obama dan Wakil Presiden Biden meninggalkan pentadbiran. Pentadbiran Obama-Biden juga membentuk semula Inisiatif Rumah Putih mengenai komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik untuk memperbaiki kehidupan AAPI di Amerika Syarikat melalui program persekutuan, koordinasi antara agensi dan jangkauan kepada pihak berkepentingan AAPI. Dan, Joe membantu mendapatkan undi yang akhirnya memberikan pembayaran pampasan yang telah lama ditunggu-tunggu untuk Veteran Perang Dunia II Filipina-Amerika kita.

Joe tahu bahawa kita sedang berjuang untuk jiwa Amerika. Negara kita memerlukan kepemimpinan moral dan kekuatan penyatuan di Rumah Putih dan bukannya pemecah belah, untuk memerangi kebencian dan ketidakadilan. Sebagai presiden, Joe akan meneruskan komitmen sepanjang hayat beliau untuk memastikan bahawa setiap anggota komuniti AAPI diperlakukan dengan bermaruah—tanpa mengira bangsa atau etnik mereka dan mendapat gambaran yang baik terhadap Impian Amerika. Beliau akan:

 

Meningkatkan kesihatan awam yang tegas dan tindak balas ekonomi terhadap COVID-19.

Kita memerlukan tindak balas kesihatan awam yang tegas untuk mengekang penyebaran COVID-19 dan memberikan rawatan kepada mereka yang memerlukan—serta tindak balas ekonomi yang tegas bagi memberikan kelegaan sebenar kepada pekerja AAPI, keluarga dan perniagaan kecil serta melindungi ekonomi secara keseluruhannya. Joe akan memastikan akses kepada rawatan kesihatan dengan meningkatkan ujian; memastikan bahawa ujian, rawatan dan apa-apa vaksin untuk COVID-19, adalah percuma untuk semua individu tanpa mengira status insurans atau imigresen; mengumpulkan data perkauman, jantina dan etnik mengenai ujian dan rawatan supaya kita dapat mengenal pasti dan menangani perbezaan; dan membuka tempoh pendaftaran Obamacare baharu supaya AAPI yang memerlukan insurans dapat memperolehnya.

Beliau akan melindungi pekerja AAPI yang menyediakan perkhidmatan penting dengan mendapatkan peralatan pelindung yang mereka perlukan untuk mengurangkan risiko mereka dijangkiti virus; melaksana dan menguatkuasakan piawaian untuk memastikan semua pekerja AAPI selamat di barisan hadapan dan memastikan bahawa hak sivil mereka dilindungi; dan memberi peningkatan dalam gaji pekerja penting AAPI. Joe juga akan meletakkan separuh daripada semua dana Program Perlindungan Gaji yang baharu untuk perniagaan kecil dengan 50 pekerja atau kurang, menyediakan kemudahan pinjaman yang lebih mudah yang membolehkan perniagaan kecil teruskan membayar gaji pekerja dan menanggung kos tetap serta memberikan jaminan bahawa setiap yang memenuhi syarat Perniagaan kecil AAPI akan mendapat bantuan. Beliau akan menghasilkan papan pemuka mingguan untuk menunjukkan perniagaan kecil yang mendapat pinjaman tersebut—untuk memastikan bahawa program ini tidak tertinggal mana-mana komuniti, perniagaan milik minoriti dan wanita atau perniagaan terkecil. Rancangan lapan mata Joe untuk pembukaan semula yang lebih efektif, lebih selamat, lebih berkesan memastikan kita melindungi warga Amerika, terutamanya mereka yang berisiko tinggi, sambil mengembalikan keyakinan pengguna dan menetapkan asas ekonomi yang berfungsi untuk semua orang.

Sejak tercetusnya COVID-19, kita telah mendengar peningkatan laporan mengenai komuniti Asia Amerika yang disasarkan dengan kebencian. Tindakan perkauman ini mesti dihentikan. Mereka didasari pandangan yang buruk dan kejahilan yang berbahaya. Mereka ini tidak menggambarkan kita sebagai sebuah negara. Tiada sesiapa pun yang harus disasarkan  kerana rupa wajah mereka, asal usul nenek moyang mereka atau diri mereka. Joe akan memberikan kepemimpinan yang kita perlukan untuk menangani setiap aspek wabak ini—serentak dengan insiden perkauman yang menyasarkan orang Asia dengan segera dan serius.

 

Tingkatkan Suara AAPI dan Bilangan Perwakilan AAPI dalam Kerajaan.

 

Pentadbiran Obama-Biden telah melantik lebih ramai hakim AAPI daripada semua pentadbiran sebelumnya yang digabungkan dan menggalakkan pengambilan AAPI untuk jawatan pegawai kanan. Joe akan mencalonkan dan melantik pegawai dan hakim persekutuan yang menggambarkan keseluruhan Amerika, termasuk individu AAPI. Beliau akan membina Inisiatif Pentadbiran Obama-Biden berkenaan AAPI dan juga Suruhanjaya Penasihat Presiden berkenaan AAPI untuk memastikan bahawa agensi persekutuan mempertimbangkan komuniti AAPI dalam rangkaan dan pelaksanaan program persekutuan dan pemimpin masyarakat AAPI mempunyai peluang bersuara dalam Pentadbiran Biden. Beliau juga mengetahui cara untuk membawa pihak berkepentingan utama ke meja rundingan bagi memastikan komuniti yang terkesan oleh dasar adalah bahagian penting dalam proses membuat keputusan. Beliau akan melakukan perkara yang sama untuk masyarakat Orang Asli Hawai dan Kepulauan Pasifik (NHPI) dengan memperkuatkan Pasukan Petugas Pulau Pasifik, yang ditubuhkan oleh Pentadbiran Obama-Biden.

 

Melindungi dan Membangunkan Akta Penjagaan Mampu Milik

Kebanyakkan AAPI sering menghadapi halangan bahasa dan budaya yang mengurangkan kebolehcapaian mereka kepada penjagaan kesihatan. Joe percaya bahawa setiap warga Amerika harus mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan yang mampu milik dan berkualiti dan beliau akan mempertahankan perlindungan penjagaan kesihatan untuk semua orang. Beliau akan memberi semua warga Amerika pilihan baharu untuk membeli pilihan insurans kesihatan awam seperti Medicare. Beliau akan menentang penyalahgunaan kuasa oleh syarikat ubat preskripsi. Beliau akan melipatgandakan usaha untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang persamaan kesihatan mental dan memperluaskan dana untuk perkhidmatan kesihatan mental. Joe juga akan menggandakan pelaburan persekutuan di pusat kesihatan masyarakat, memperluaskan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi untuk populasi AAPI yang sangat memerlukannya. Beliau akan menambahbaik penjagaan pesakit AAPI yang dalam keadaan kronik dengan melakukan penyelarasan di antara semua doktor pesakit dan menangani faktor penentu kesihatan sosial. Joe akan memperluaskan akses kepada penjagaan kesihatan reproduktif, termasuk kontrasepsi dan melindungi hak perlembagaan untuk memilih.

 

Melabur dalam Pelajar dan Pendidik kita. 

Terlalu ramai ibu bapa dalam komuniti AAPI tidak mempunyai akses kepada sumber dan sokongan yang mereka perlukan bagi memastikan anak-anak mereka berjaya. Joe akan melabur untuk semua anak  dari lahir hingga gred 12, tanpa mengira poskod, pendapatan, bangsa, atau ketidakupayaan ibu bapa, mereka diperlengkapkan untuk berjaya dalam ekonomi akan datang. Sebagai presiden, Joe akan menyediakan tabika berkualiti tinggi dan universal untuk semua kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun. Beliau akan meningkatkan pembiayaan Tajuk I sebanyak tiga kali ganda, iaitu ke sekolah  dengan sebilangan besar pelajar adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Pembiayaan baharu ini pertama kali akan digunakan untuk memastikan guru di sekolah Tajuk I dibayar dengan lumayan, kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun mempunyai akses ke prasekolah dan daerah memberikan akses kepada kerja kursus yang ketat di semua sekolah mereka. Beliau juga akan membina sekolah yang terbaik, paling inovatif di negara ini dalam komuniti AAPI yang tidak mempunyai akses ke sekolah berkualiti, komuniti bukan berkulit putih, dan masyarakat berpendapatan rendah; mengembangkan model sekolah komuniti, membawa sokongan yang diperlukan untuk pelajar dan ibu bapa ke sekolah awam kita; menggandakan bilangan profesional kesihatan mental di sekolah kita; dan melindungi pelajar AAPI daripada tindakan buli. Beliau akan meningkatkan kepelbagaian guru dengan menyokong pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil para guru yang bukan berkulit putih dan bekerjasama dengan institusi yang berkhidmat dengan golongan minoriti, termasuk institusi yang berkhidmat untuk golongan minority, termasuk komuniti Asia Amerika dan dan Penduduk Asli Amerika Kepulauan Pasifik (AANAPISIs), untuk mengambil dan mempersiapkan para guru.

 

Menyokong Pendidikan Selepas Sekolah Menengah. 

Joe akan mewujudkan  pembelajaran kolej dan universiti awam tanpa yuranuntuk semua pelajar AAPI yang pendapatan keluarganya di bawah $125,000. Beliau juga akan menyediakan kolej komuniti atau program latihan berkualiti tinggi yang lain tanpa hutang selama dua tahun untuk mana-mana anggota komuniti AAPI yang ingin belajar dan meningkatkan kemahiran mereka bagi mengikuti perubahan sifat pekerjaan. Beliau juga akan menggandakan nilai maksimum geran Pell, meningkatkan jumlah AAPI kelas menengah yang dapat mengambil bahagian dalam program ini dan meningkatkan nilai geran untuk individu yang sudah layak untuk menerima geran Pell. Beliau akan mengurangkan separuh daripada pembayaran pinjaman pelajar persekutuan ijazah dengan mempermudahkan dan meningkatkan lebih banyak lagi program pembayaran berasaskan pendapatan yang sedia ada. Di samping itu, beliau akan memaafkan semua hutang pelajar persekutuan berkaitan dengan tuisyen dari kolej awam dua dan empat tahun untuk pemegang hutang yang berpendapatan sehingga $125,000, ini akan merangkumi institusi swasta yang berkhidmat untuk minoriti. Joe juga akan mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki perbezaan dana yang dihadapi oleh institusi yang berkhidmat untuk minoriti, termasuk AANAPISIs, agar Amerika Syarikat dapat memperoleh manfaat daripada kekuatan unik mereka.

 

Mencegah Kebangkitan dalam Jenayah Kebencian. 

Dari kedai runcit ke tempat kerja hingga kepada komuniti mereka, ramai AAPI, termasuk Sikh, Hindu dan Muslim Amerika, terus menghadapi diskriminasi dan kebencian, yang semakin diperburukkan oleh retorik berbahaya Trump dan mengapi-apikan rasa kebencian. Apabila hak dan kebebasan sesetengah warga diancam oleh kebencian, ia juga mengancam kita semua. Pentadbiran Obama-Biden memasukkan "Anti-Sikh" dan "Anti-Hindu" ke dalam kategori pelaporan jenayah kebencian Jabatan Kehakiman. Pentadbiran ini juga menyediakan sumber dan bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk memerangi buli yang ditujukan kepada komuniti AAPI. Joe akan menjelaskan bahawa negara ini tidak akan bertolak ansur dengan kebencian. Jabatan Kehakiman beliau akan mengutamakan dakwaan jenayah kebencian.

 

Tamatkan Epidemik Keganasan Bersenjata kita.  

 Joe telah Berjaya mengalahkan Persatuan Senapang Nasional (NRA) di peringkat kebangsaan sebanyak dua kali. Sebagai presiden, beliau akan mengalahkan NRA sekali lagi. Joe akan menjalankan dasar keselamatan senjata api yang berperlembagaan secara umum. Beliau akan melindungi keluarga, sekolah dan masyarakat kita, dengan mempertanggujawabkan pengeluar senjata; mengeluarkan senjata perang daripada orang awam, termasuk melarang pembuatan dan penjualan senjata serangan dan majalah berkapasiti tinggi; dan menghindari senjata daripada jatuh kepada tangan yang berbahaya, termasuk dengan memerlukan pemeriksaan latar belakang untuk semua penjualan senjata dan menutup jalan keluar dalam sistem pemeriksaan latar belakang persekutuan.

 

Melindungi Planet kami daripada Perubahan Iklim. 

Krisis iklim terus mengancam masyarakat AAPI, khususnya komuniti NHPI. Pulau-pulau tertentu mungkin tidak dapat dihuni menjelang 2030 tanpa tindakan segera. Di samping itu, dua negeri dengan peratusan AAPI yang tertinggi—Hawaii dan California—terus terdedah kepada risiko perubahan iklim. Joe telah lama mengetahui betapa besarnya perubahan iklim dan kita mempunyai kepentingan moral dan ekonomi untuk mengatasinya. Rancangan Joe akan menangani perubahan iklim dan pencemaran untuk melindungi masyarakat kita. Beliau akan bergabung kembali dengan Perjanjian Paris pada hari pertama dan kemudian mengumpul seluruh dunia untuk meningkatkan komitmen iklim mereka. Di negara ini, beliau akan memastikan bahawa komuniti yang mengalami kerugian  akibat perubahan iklim dan pencemaran merupakan pihak yang pertama mendapat keuntungan hasil daripada revolusi ekonomi bersihnya. Beliau akan mendorong Amerika Syarikat untuk mencapai ekonomi tenaga bersih 100 peratus dan mencapai pelepasan sifar bersih selewat-lewatnya pada tahun 2050. Rancangan Joe akan mewujudkan 10 juta pekerjaan dengan gaji yang lumayan di Amerika Syarikat dan menghentikan pencemar. Beliau akan berusaha untuk memastikan bahawa setiap anggota masyarakat AAPI memiliki akses kepada air minum bersih, udara bersih dan persekitaran yang bebas daripada pencemaran. Setiap dolar yang dibelanjakan untuk membangunkan kembali infrastruktur akan digunakan untuk mencegah, mengurangkan dan menahan perubahan iklim.

 

Menjamin Nilai kita sebagai Bangsa Pendatang. 

Donald Trump telah melakukan serangan tanpa henti terhadap nilai dan sejarah kita sebagai bangsa pendatang. Ianya salah dan akan dihentikan apabila Joe menjadi presiden. Joe akan membatalkan "larangan Muslim" Trump pada hari pertama pentadbirannya dan mengembalikan dasar perlindungan yang terjejas yang menyebabkan kekacauan dan krisis kemanusiaan di sempadan kita. Joe akan segera bekerjasama dengan Kongres untuk melancarkan reformasi imigresen legislatif yang memodenkan sistem kita dengan keutamaan untuk menjaga keluarga bersama-sama dengan menyediakan laluan untuk kewarganegaraan hampir 11 juta pendatang tanpa dokumen—termasuk 1.7 juta dari Asia.

Beliau akan menyokong imigrasi berasaskan keluarga dan memelihara penyatuan keluarga sebagai prinsip utama sistem imigrasi kita, yang meliputi pengurangan tunggakan visa keluarga. Beliau akan meningkatkan jumlah visa yang ditawarkan untuk imigrasi yang kekal berasaskan pekerjaan berasaskan keadaan makroekonomi dan dikecualikan dari sebarang lulusan program PhD baru-baru ini dalam bidang STEM. Beliau akan menyokong reformasi pertama sistem visa sementara untuk pekerja berkemahiran tinggi, khusus untuk melindungi upah, kemudian memperluaskan jumlah visa yang ditawarkan dan menghapuskan had visa berdasarkan pekerjaan negara. Beliau akan memulihkan dan mempertahankan proses pewarganegaraan bagi pemegang kad hijau. Beliau akan meningkatkan jumlah pelarian yang kami sambut di negara ini dengan menetapkan sasaran kemasukan pelarian global tahunan kepada 125,000 dan berusaha untuk meningkatkannya dari masa ke masa yang setara dengan tanggungjawab, nilai-nilai kita dan keperluan global yang belum pernah terjadi sebelum ini. Beliau juga akan bekerjasama dengan Kongres untuk menetapkan jumlah kemasukan minimum 95,000 pelarian setiap tahun. Joe akan menghapuskan ketidakpastian untuk Penejar Impian (‘Dreamers’) dengan mengaktifkan semula program DACA dan meneroka semua pilihan undang-undang untuk melindungi keluarga mereka daripada perpisahan yang tidak berperikemanusiaan. Sebagai presiden, Joe akan menamatkan serangan di tempat kerja dan melindungi lokasi sensitif lain daripada tindakan penguatkuasaan imigresen. Tiada siapa perlu takut untuk mendapatkan rawatan perubatan atau pergi ke sekolah, pekerjaan mereka atau tempat ibadat mereka kerana menguatiri  akan tindakan penguatkuasaan imigresen.

 

Mencetuskan Pertumbuhan Keusahawanan dan Perniagaan Kecil di kalangan Komuniti AAPI. 

Terdapat hampir dua juta perniagaan milik AAPI di seluruh Amerika Syarikat, yang mendorong pertumbuhan ekonomi dan peluang di seluruh negara. Walau bagaimanapun, kebanyakan perniagaan ini sering bergelut dengan masalah seperti akses kepada pembiayaan dan halangan bahasa yang merumitkan perkembangan perniagaan kecil untuk komuniti AAPI. Pada tahun 2010, Pentadbiran Obama-Biden membuat Inisiatif Kredit Perniagaan Kecil Negara (SSBCI) untuk menyokong perniagaan kecil. Program ini memindahkan dana kepada inisiatif pinjaman perniagaan kecil negara, memacu pinjaman baharu sebanyak $10 bilion untuk setiap dana $1 bilion SSBCI. Joe akan memperluaskan program ini hingga tahun 2025 dan menggandakan dana persekutuannya menjadi $3 bilion, memacu hampir $30 bilion pelaburan sektor swasta kepada semua perniagaan kecil, terutama yang dimiliki oleh kaum wanita dan mereka yang bukan berkulit putih. Joe juga akan meningkatkan dana untuk belajawan Agensi Pembangunan Perniagaan Minoriti. Beliau akan mewujudkan program pemberian daya saing untuk menyediakan $5 bilion dana kepada negeri-negeri untuk pemula perniagaan baharu di luar bandar terbesar kita.

 

Hapuskan Halangan Bahasa untuk Komuniti AAPI

Halangan bahasa untuk perkhidmatan dan sumber daya penting dapat mengelakkan AAPI yang kurang mahir berbahasa Inggeris daripada merealisasikan potensi dan Impian Amerika mereka. Joe akan membina karya Pentadbiran Obama-Biden, yang memastikan bahawa anggota komuniti AAPI yang kurang mahir berbahasa Inggeris mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kerajaan yang lain. Sebagai contoh, pihak pentadbiran menghasilkan video jangkauan dalam bahasa Cina, Korea, Vietnam, Burma, Hmong, Khmer dan Lao untuk memastikan anggota komuniti tersebut dapat memanfaatkan faedah dan liputan Akta Penjagaan Mampu Milik. Joe akan mengarahkan agensinya untuk mengenal pasti cara untuk meningkatkan akses kepada program persekutuan untuk individu dan keluarga AAPI, termasuk mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Beliau juga akan mewujudkan pusat sumber kejiranan atau pusat sambutan untuk membantu semua penduduk mencari pekerjaan; mengakses perkhidmatan dan peluang belajar bahasa Inggeris; dan menavigasi sistem sekolah, sistem penjagaan kesihatan dan aspek penting lain dalam kehidupan seharian. Beliau akan memastikan bahawa semua sekolah awam mempunyai sokongan pembelajaran bahasa Inggeris yang mencukupi untuk membantu semua anak mencapai potensi mereka.

 

Mengukuhkan Hak untuk Mengundi. 

Kira-kira 33 peratus AAPI yang kurang mahir berbahasa Inggeris, kesukaran untuk melalui proses pengundian tetap menjadi halangan penting untuk merealisasikan sepenuhnya nilai-nilai demokrasi kita. Halangan ini, bersama dengan pemutusan Undang-Undang Hak Mengundi, secara signifikan mengurangkan penyertaan komuniti bukan berkulit putih, termasuk komuniti AAPI, dalam proses demokrasi. Joe akan memperkukuhkan demokrasi kita dengan menjamin setiap undi rakyat Amerika dilindungi. Beliau akan mula mengembalikan Akta Hak Mengundi dan kemudian memastikan Jabatan Kehakiman mencabar undang-undang negara yang menekankan hak untuk memilih. Beliau akan menyokong pendaftaran pemilih secara automatik, pendaftaran pemilih pada hari yang sama dan langkah-langkah lain untuk mempermudahkan penggunaan hak memilih. Beliau akan menyokong penamatan penentuan sempadan dan akan melindungi tempat pengundian kita dan daftar pemilih daripada kuasa asing yang berusaha untuk merosakkan demokrasi kita serta campur tangan dalam pilihan raya kita.

 

Tiada Pengumpulan Data untuk Mencapai Perwakilan Sama. 

Pengumpulan data mengenai komuniti AAPI tidak menguntungkan kepelbagaian dan keperluan AAPI. Pentadbiran Obama-Biden mengeluarkan amalan terbaik untuk tiada pengumpulan data persekutuan mengenai AAPI. Joe akan membangunkan perkara ini dan memastikan bahawa pentadbirannya melaksanakan dan berkhidmat untuk limpahan cabaran yang dihadapi oleh komuniti AAPI yang pelbagai. 

 

Melabur dalam Komuniti AAPI kita melalui Perumahan. 

Sebagai presiden, Joe akan melabur $640 bilion selama 10 tahun sehingga setiap orang dalam komuniti AAPI mempunyai akses kepada perumahan yang mampu milik, stabil, selamat dan sihat, mudah diakses, cekap tenaga dan kukuh serta terletak berhampiran sekolah yang baik dan dengan perjalanan yang wajar ke tempat kerja mereka. Beliau akan membantu keluarga AAPI membeli kediaman pertama mereka dan membina kekayaan dengan membuat kredit cukai baharu yang dapat dikembalikan sehingga $15,000 dan membuat kredit cukai penyewa baharu untuk membantu lebih banyak keluarga berpendapatan rendah. Joe akan mewujudkan agensi pelaporan kredit awam baharu dalam Biro Perlindungan Kewangan Pengguna untuk memberi pengguna pilihan kerajaan yang bertujuan untuk meminimumkan perbezaan kaum, contohnya dengan memastikan algoritma yang digunakan untuk pemberian kredit tidak memberi kesan diskriminasi dan dengan menerima sumber data bukan tradisional seperti sejarah penyewaan dan bil utiliti untuk menetapkan kredit. Beliau akan menamatkan penyemakan dan amalan diskriminasi dan ketidakadilan yang lain di pasaran perumahan, termasuk menggubal undang-undang untuk Pemilik Rumah dan Hak Penyewa Bil yang baharu, melindungi penyewa daripada pengusiran, memperkasa dan memperluaskan Akta Pelaburan Semula Komuniti bagi memastikan bank negara kita dan institusi perkhidmatan kewangan bukan bank memberi perkhidmatan kepada komuniti AAPI dan melaksanakan Mengukuhkan Peraturan Perumahan yang Adil Pentadbiran Obama-Biden. Beliau juga akan menubuhkan Dana Perumahan Mampu Milik $100 bilion untuk membina dan menaik taraf perumahan mampu milik dan melabur dalam pembangunan masyarakat dengan memperluaskan dana yang fleksibel untuk Geran Blok Pembangunan Komuniti sebanyak $10 bilion selama sepuluh tahun.